Powered By Blogger

Isnin, 11 April 2011

BUBUR JAGUNG FOR AKMA...=)


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 5 sudu  susu pekat  
  • 1 cawan santan
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu, santan dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 

Ahad, 10 April 2011

lauk PAPRIK...




BAHAN-BAHAN:

3 ekor Sotong sederhana besar
setengah ekor  ayam
dan udang 4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih di ketuk
2 batang Serai 
1 inci Halia
1 Sudu sos tiram
1 Sudu sos cili
1 Sudu kicap
5 helai daun limau purut
1/4 batang lobak merah
baby corn 
sedikit cendawan tiram

CARA-CARA:

Sotong di bersihkan dan di potong kecil. Bawang merah, serai dan halia dikisar halus.
panaskan kuali dan tumis bawang putih hingga garing. masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. kacau rata. selepas itu masukkan sotong, lobak dan daun limau purut. biarkan seminit. kemudian masukkan sayuran yang selebihnya. kacau rata dan perasakan. jangan biarkan sotong terlalu lama nanti jadi liat..




·     
CARROT SUSU...=)


BAHAN2 NYA...
1 batang lobak merah
1 gelas air masak
2 sudu susu pekat manis
Gula secukup rasa
Beberapa ketul ais 

CARA2 NYA...
1.     Basuh lobak merah & hiris kecil. Blend dengan segelas air dan sedikit gula. 

2. Tapis ke dalam gelas. 

3. Tambah susu pekat manis & kacau. 

4. Masukkan ais 

5. Siap untuk diminum.

AYAM MASAK MERAH...=)


Bahan-Bahan
1 ekor ayam (1.2 - 1.5 kg) - dibuang kulit, potong 8 atau 12 kpg
15-20 btg lada kering (rendam, kisar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
3 biji bawang besar (hiris-utk tumis)
1 tin kecil tomato puri
50 ml susu cair
sedikit badam ( 10 biji, buang kulit kisar halus)
1/2 sudu teh jintan halus (kisar)
segenggam bawang goreng
secukup minyak utk menumis, tambahkan 1 sudu besar minyak sapi (optional)
garam, gula secukup rasa.

Cara:
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih & halia hingga halus. Panaskan minyak, tumis bawang hiris. Setelah bawang layu, masukkan rempah kisar tadi bersama jintan, serai dan lengkuas. Masak hingga rempah betul2 garing lalu masukkan ayam tadi. Masukkan ayam yang sudah di goreng,  juga secukup air utk mengempukkan ayam. Setelah ayam 1/2 masak, masukkan tomato puri, susu cair, badam kisar, garam dan gula. Kacau rata dan masukkan bawang goreng. Kacau lagi dan kecilkan api dan biarkan hingga ayam empuk.