Powered By Blogger

Isnin, 11 April 2011

BUBUR JAGUNG FOR AKMA...=)


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 5 sudu  susu pekat  
  • 1 cawan santan
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu, santan dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 

Ahad, 10 April 2011

lauk PAPRIK...




BAHAN-BAHAN:

3 ekor Sotong sederhana besar
setengah ekor  ayam
dan udang 4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih di ketuk
2 batang Serai 
1 inci Halia
1 Sudu sos tiram
1 Sudu sos cili
1 Sudu kicap
5 helai daun limau purut
1/4 batang lobak merah
baby corn 
sedikit cendawan tiram

CARA-CARA:

Sotong di bersihkan dan di potong kecil. Bawang merah, serai dan halia dikisar halus.
panaskan kuali dan tumis bawang putih hingga garing. masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. kacau rata. selepas itu masukkan sotong, lobak dan daun limau purut. biarkan seminit. kemudian masukkan sayuran yang selebihnya. kacau rata dan perasakan. jangan biarkan sotong terlalu lama nanti jadi liat..




·     
CARROT SUSU...=)


BAHAN2 NYA...
1 batang lobak merah
1 gelas air masak
2 sudu susu pekat manis
Gula secukup rasa
Beberapa ketul ais 

CARA2 NYA...
1.     Basuh lobak merah & hiris kecil. Blend dengan segelas air dan sedikit gula. 

2. Tapis ke dalam gelas. 

3. Tambah susu pekat manis & kacau. 

4. Masukkan ais 

5. Siap untuk diminum.

AYAM MASAK MERAH...=)


Bahan-Bahan
1 ekor ayam (1.2 - 1.5 kg) - dibuang kulit, potong 8 atau 12 kpg
15-20 btg lada kering (rendam, kisar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
3 biji bawang besar (hiris-utk tumis)
1 tin kecil tomato puri
50 ml susu cair
sedikit badam ( 10 biji, buang kulit kisar halus)
1/2 sudu teh jintan halus (kisar)
segenggam bawang goreng
secukup minyak utk menumis, tambahkan 1 sudu besar minyak sapi (optional)
garam, gula secukup rasa.

Cara:
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih & halia hingga halus. Panaskan minyak, tumis bawang hiris. Setelah bawang layu, masukkan rempah kisar tadi bersama jintan, serai dan lengkuas. Masak hingga rempah betul2 garing lalu masukkan ayam tadi. Masukkan ayam yang sudah di goreng,  juga secukup air utk mengempukkan ayam. Setelah ayam 1/2 masak, masukkan tomato puri, susu cair, badam kisar, garam dan gula. Kacau rata dan masukkan bawang goreng. Kacau lagi dan kecilkan api dan biarkan hingga ayam empuk.

Ahad, 27 Mac 2011

LaKsa pEnang...(=



bahan2 nya..

1 kg laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk)

4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Garam secukup rasa



cara2 membuatnya..

Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus.



Sabtu, 26 Mac 2011






Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap atau ikn kerapu
3 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
40 gm cili kering } dikisar
1 batang serai – diketuk
10 biji cili padi – diketuk
2 sm halia – dihiris halus
3 helai daun limau purut
3 sudu sos cili dan sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu air limau nipis
1 cawan tepung jagung
Garam dan gula
Minyak

Cara-cara membuat :

Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing. Angkat dan hidangkannya di atas pinggan.

Cara-cara membuat sos:

Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halia hingga naik baunya. Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos cili dan sos tomato, sos tiram dan air limau. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian tunggu hingga ia mendidih. Akhir sekali curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang telah siap dihidangkan tadi.








BAHAN-BAHAN: 
400gm cendawan tiram | dicarik-carik 
200ml air 
3 biji bawang putih 
1 biji bawang besar 
2 sudu minyak 
½ sudu teh lada putih 
½ sudu teh serbuk pati ayam 
Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMASAKNYA: 
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang besar yang dikisar atau ditumbuk tadi. Tumis hingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan air, serbuk lada putih, serbuk pati ayam, gula dan garam. 
3. Akhir sekali masukkan cendawan dan kacau hingga sebati. Tutup api dan angkat segera. 
4. Sedia untuk dihidangkan mengikut citarasa masing2...:)